Pada setiap 31Ogos malaysia menyambut hari kemerdekaan..Tahun ini Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 54 seiring dengan hari kebesaran umat islam...namun raya bukan menjadi isu kita tidak mengibarkan jalur gemilang..kita berkira hendak membeli bendera yang seberapa saja harga di bandingkan dengan baju dan barangan peribadi anda yang jauh lebih mahal..Makna jalur gemilang di pandang sepi oleh masyarakat kini..Hal ini di sebabkan kita terlampau SELESA dengan kemerdekaan yang di kecapi..Kibarkan jalung gemilang,slogan yang hanya di laungkan pada bulan 8 atau ogos namun masih lagi di pandang sepi...Kita akan kibarkan jalur gemilang apabila bendera itu kita dapat free atau tajaan daripada sesetengah pihak...Payah sangat kah anda meletakkan bendera di premis perniaagan,rumah atau kenderaan sebagai lambang kebanggaan anda menjadi rakyat malaysia yang merdeka...Merdeka...selalu di laungkan tatkala jam menunjukkan pukul 12 menjelang 31 ogos,namun adakah kita mengerti makna merdeka yang sebenar..?Kita selalu merungut dan bertanya apa yang negara beri kepada kita selama ini.namun pernahkah kita terfikir jasa dan pengorbanan apakah yang kita bagi kepada negara selama ini setelah 54 tahun merdeka..
Saya yakin ada rakyat malaysia yang sudah lupa lirik lagu Negaraku dan prinsip rukun negara.Dek kerana sibuk dengan urusan harian dan kerja yang mengejar masa.Slogan tahun ini 1 malaysia transformasi berjaya rakyat sejahtera..Pada pendapat saya kemerdekaan tidak perlu di sambut dengan teriakan dan hiburan namun lebih baik memenuhi masjid dengan melakukan solat hajat dan doa selamat agar negara terus aman serta sejahtera..
Setiap kali bulan kemerdekaan pelbagai kempen telah kerajaan laksanankan bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat malaysia..Kibarkan jalur gemilang bukan sesuatu kerja yang sukar...sekurang2 nya anda masih ada hati dan menunjukkan anda bangga menjadi rakyat malaysia,.Inilah sumbangan anda walaupon sedikit namun jelas terpancar semangat patriotik wujud di dalam diri..Kita sebagai rakyat malaysia harus berbangga dan bersyukur dengan keamanan yang di kecapi hari ini.Semua yang kita kecapi pada hari ini semua atas jasa pemimpin terdahulu dan parajurit yang terkorban dalam mempertahankan negara..Kita tidak di suruh pegang senjata untuk bertempur..tapi sekadar kibarkan jalur gemilang sebagai lambang cintakan negara...
Alangkah baiknya jika di jalan raya kibaran bendera megah di atas kereta setiap rakyat malaysia..namun jika di perhatikan sangat sedikit rakyat malaysia yang meletakkan bendera di kereta mereka..Alasannya takut gam tidak boleh tertanggal atau buruk pandangan apabila letak bendera di kereta..Jika anda tahu makna penderitaan memperoleh kemerdekaan nescaya anda akan hargai bendera sebagai lambang negara...
Pada ketika penjajahan jepun dan british sekiranya kita dapat rasa kesengsaraan penjajahan saya percaya setiap warga malaysia akan menghargai masa kini dan bendera negara..Selain itu saya berani kata mesti setiap warga negara malaysia akan mempunyai semangat cintakan negara yang tebal dan bersama dalam memerdekakan negara ini..Bendera bukan untuk di letakkan di bahu atau alas tempat duduk namun harus di hormati kerana bendera melambangkan sesebuah negara yang berdaulat..
Ilmu kemerdekaan negara tidak hanya di galas di bahu guru namun ibu bapa juga memain peranan yang penting dalam menyedarkan anak mereka agar cintakan negara serta menghormati bendera kita..Kemerdekaan negara bukan mudah di perolehi,terlalu banyak masa,wang,tenaga,tangisan,penderitaan,dan kematian yang di lalui dalam memperolehi kemerdekaan..Oleh yang demikian kita sebagai warga merdeka harus menghargai kemerdekaan yang di kecapi kini..Jangan biarkan sejarah berulang dek kebodohan diri...kelak menyesal sudah tidak berguna lagi...Ketika itu air mata darah yang mengalir pon tidak dapat mengembalikan keamanan negara...Oleh yang demikian,hargailah keamanan yang di kecapi ini agar anak cucu kita dapat menyambung warisan yang kita tinggalkan kepada mereka...
Jika anda sayangkan negara ini,jangan harapkan ganjaran yang akan di terima..sama2 la kita kibarkan bendera sebagai tanda cintakan negara..jika masa kecil kita semangat melukis poster dan mewarna bendera setiap kali bulan patriotik,bila dewasa semarakkan kemerdekaan dengan kibaran jalur gemilang...
wahai sahabat sekalian,selamat menyambut kemerdekaan yang ke 54..ayuh! kibarkan jalur gemilang..
Tuesday, August 23, 2011
Saturday, August 13, 2011
Bertunang dan menjadi tunang orang
"Bertunang"bila di sebut perkataan ini kepada anak gadis mesti ada yang tersimpul malu dan sedia maklum dengan simmbolik perkataan tersebut.Adat resam orang melayu bermula dengan merisik,bertunang dan di akhiri dengan ikatan perkahwinan..Namun begitu tidak semua orang yang menginginkan pertunangan, setelah di momokkan dengan cerita kurang manis bagi mereka yang telah mengalami tempoh pertunangan..Orang tua-tua selalu menasihatkan pasangan bertunang agar jangan bertunang dalam tempoh yang lama kerana takut ikatan pertunangan putus di tengah jalan dek kerana dugaan dan cabaran semasa tempoh pertunangan.

Adat Resam bertunang dan meminang..
Pertunangan melibatkan persetujuan kedua-dua belah pihak yang di mulai dengan kedatangan rombongan pihak lelaki ke rumah perempuan yang ingin di sunting menjadi teman hati..Rombongan ini selalunya terdiri daripada orang-orang tua yang di amanahkan oleh ibu bapa bagi mewakilkan diri mereka.Pada permulaan pihak laki akan bertanyakan kepada wakil pihak perempuan akan status diri wanita tersebut bagi mengetahui sekirannya wanita tersebut sudah berpunya atau belum..Kaedah ini di panggil merisik atau bertanya.Sebelum bertunang selalunya pihak perempuan di berikan tempoh tertentu sebelum keputusan akhir di buat bagi mengelakkan sebarang penyesalan di masa akan datang.Setelah tempoh yang di persetujui tamat dan pihak perempuan menerima peminangan tersebut mereka seterusnya akan membincangkan tentang hari yang di persetujui bertunang,mas kahwin dan belanja perkahwinan..

Proses kedua..Menghantar tanda..yang membawa maksud putus cakap.Hal ini bermaksud pinangan pihak lelaki sudah di terima oleh pihak perempuan sekaligus melaksanakan proses pertunangan..Pertunangan melibatkan sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan.Seandainya semasa dalam tempoh pertunangan tersebut lelaki memutuskan pertunangan maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.Sebab tu lah perempuan jarang putuskan tunang..sebab akan terima padah dengan membayar semula...
BERTUNANG DALAM ISLAM...

“MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya.”
Firman Allah di dalam surah Al-Furqan:
وَالَّذينَ يَقولونَ رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا
konsep peminangan di dalam islam(74) Those who say: 'Lord give us of our wives and children what pleases our eyes and make us leaders to the fearful.'(74) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
1-Perempuan yang ingin di pinang bukan isteri orang
2-Perempuan bukan tunangan orang
3-Perempuan yang ingin di pinang bukan dalam tempoh idah
4-Perempuan yang hendak di pinang mestilah sah nikah dengannya bukan muhrimnya.Haram bagi seseorang lelaki meminang wanita muhrimnya kerana di antara kedua-duanya di haramkan nikah
INGAT!Bertunang bukan tiket sudah berkahwinan..bertunang adalah tempoh perkenalan dan mencari keserasian..Jangan biarkan nafsu menguasai diri anda berdua..
Perubahan masa mengubah trend pertunangan..Kini konsep pertunangan sudah berubah..jika dahulu pertunangan hanya melbatlkan kedua-dua keluarga dan tidak di buat secara besar-besaran..namun pada masa kini bertunang dah ibarat berkahwin..siap ada pelamin dan konsep..Jika dulu bawa tepak sirih dan hantaran yang tidak seberapa mengikut keperluan namun kini pertunangan ibarat satu kenduri perkahwinan bagi mereka yang mampu...bagi yang x mampu mereka sanggup berhutang bagi merealisasikan impian seperti yang di lihat di kaca-kaca tv..kata orang bertunang mengikut trend dan peredaran masa.semua itu melibatkan kos..bertunang dah telan belanja banyak..nanti kawen..?erm..sama2 la kita renungkan..yang wajib di dahulukan yang adat jika tidak mampu jangan memaksa diri...nanti bila apa2 berlaku pada ikatan pertunangan mula la tuding jari salahkan di antara satu sama lain..
KEBAHAGIAAN SETELAH DI LIMPAHKAN DUGAAN..
Tiada pasangan yang bertunang menginginkan perpisahan,namun jika sudah tertulis kita harus redha semoga di pertemukan insan yang lebih baik dan menyayangi diri kita seadanya.Dugaan bertunang tidak di nafikan memang dasyat dan sentiasa menguji seseorang..semasa bercinta kita x nampak perubahan pasangan,namun apabila sudah bertunang satu persatu keburukan muncul.Hal ini di tambah lagi dengan kes orang ketiga serta orang sekeliling yang sentiasa menjadi batu api dan duri dalam daging tidak ingin melihat kita bahagia.Semasa bertunang pasangan akan di uji dari segi kewangan.kesihatan dan pelbagai lagi,.Hanya mereka yang mampu harunginya mengecapi kebahagiaan..Pelbagai dugaan ini mendorong kepada istilah jangan bertunang lama-lama..
Sebelum anda membuat keputusan bertunang,pastikan sudah menglengkapi keperluan diri dulu,hal ini termsuk kewangan dan perancangan yang rapi bagi mengelakkan tempoh pertunangan di tunda dan akhirnya perpisahan bakal menyusul kemudian..Semakin lama bertunang semakin banyak dugaan dan semakin banyak air mata yang mengalir..fikir semasak-masaknya dan buatlah solat istikharah sebelum membuat keputusan..
Wahai lelaki di luar sana jangan mudah anda memutuskan hubungan tanpa sebab yang munasabah..fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan..apabila putus ikatan pertunangan yang memberi kesan pihak perempuan bukan pihak laki..orang sekeliling hanya tahu menyalahkan pihak perempuan sahaja...Oleh yang demikian apabila dugaan menimpa hadapi dengan tenang dan tangani bersama..Seandainya tiada persefahaman..putuslah dengan cara baik dan jangan wujud perbuatan yang membuka aib bekas tunang.
Subscribe to:
Posts (Atom)