Thursday, October 27, 2011
sempena bulan bahasa kebangsaan..mari kita hayati lirik lagu ini
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli
Teringat di kala sekolah menengah..setiap perhimpunan pada hari isnin..lagu bahasa jiwa bangsa mesti wajib di nyanyikan oleh pelajar...semasa belajar memang hafal lagu ini..tapi apabila sudah meninggalkan alam sekolah,lagu ini semakin di lupakan.Hanya berkemundang tatkala kempen memartabatkan bahasa kebangsaan di laksanakan lagu ini popular di mainkan oleh media..
Dalam mengejar arus pembangunan dan ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Masyarakat tidak harus bangga menggunakan bahasa asing namun mempunyai jati diri malaysia yang berbahasa melayu..Bahasa medium komunikasi jika gagal berbahasa maka gagal la sesuatu komunikasi tersebut.Setiap negara mempunyai bahasa tersendiri dan seharusnya sikap malu berbahasa melayu tidak wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment