Powered By Blogger

Tuesday, March 1, 2011

pantun di wan racing auto service...






wan racing auto service sedia menanti...
memberi sevice dengan senang hati..
jika ke kajang singgah ke bengkel kami ..
ternyata anda akan puas hati dengan service yg di beri....

kami juga pengguna seperti anda...
jangan tertipu dan mudah terpedaya..
harga mahal dan x berbaloi rasanya..
jika service yang di beri indah khabar dr rupa...

janji kami bukan mainan sahaja..
kesempurnaan dan murah pegangan bersama...
x rugi dan menyesal jika anda mencuba..
sila singgah dan anda pasti x percaya...

sebrang pertanyaan jika hubungi 013-6734622...sms tidak di layan...
salam kasih berserta rindu...
sila la datang kami tunggu..



PERKAHWINAN BAB3


Hari ini nak sambung mengenai penceraian dan pembubaran perkahwinan daripada hukum....Perkahwinan putus melalui 2 cara iaitu perceraian atau pembubaran(fasakh)

jenis2 talak..


Talak Rajie dan talak Bain

-Talak Rajie ialah talak yang di lafazkan oleh suami ke atas isterinya dan die berhak untuk merujuknya kembali kepada nikah yang asal sekiranya si isteri masih di dlam tempoh eddah..Talak satu dan 2 termasuk di dalm talak Rajie..
-Talak Bain ialah talak yang di lafazkan oleh suami dan apabila lafaz telah jatuh maka suami tidak boleh merujuk kembali kepada isteri kecuali setelah isteri telah berkahwin dengan lelaki lain,kemudian di setubuhi dan di ceraikan suami tersebut dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa di paksa.

Talak Bain terbahagi kepada 2


bain sugra-talak berlaku di antara pasangan yang belum mengadakan hubungan kelamin..suami tidak boleh merujuk isterinya semasa iddah tatpi boleh berkahwin dengan akad dan mas kawen baru.
baik kubra-apabila pasangan telah bercerai dengan 3 kali talak.


SAMPAI di sini sajalah yang ingin saya kongsikan buat anda tentang perkahwinan...selamat memasuki gerbang perkahwinan...dan semoga hubungan anda di limpahi rahmat-Nya...InsyaALLAH...jika ada silap n salah saya pohon maaf....


segala kenyataan ini saya ambil daripada buku yang di sediakan jawatankuasa penyediaan modul bersepadu kursus Pra-perkahwinan semasa saya mengambil kursus kawen di Usm Pulau Pinang bersama2 kawan2 university..salam kasih dr saya elisa


bunga mawar indah berseri..
di sunting oleh si kumbang jejaka hati..
andai hubungan sudah di restui..
ikatlah hubungan dengan pernikahan sebagai ikatan suci...
semoga hubungan anda di berkati oleh ALLAH S.W.T

PERKAHWINAN...Bab 2...



Sebelum ini saya berbicara mengenai perkahwinan yang indah2 belaka...namun di dalam perkahwinan ada onak duri yang perlu di lalui..ada ombak badai yang melanda  di dalm alam berumahtangga..jika dulu sebelum kawen kita berdua mcm belangkas namun bila dh kawen indah khabar dr ruper...bak kata orang ku sangka panas hingga ke petang rupenyer hujan di tengah hari...tiada sesiapa yang menginginkan penceraian namun jika sudah tiada persefahaman tiada guna lagi meneruskan hubungan tersebut.Namun sedarkah anda bahawa talak atau cerai adalah perkara yang di benci oleh Allah...seperti yang termaktub di dalam firman Allah


Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,
" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"


Riwayat Abu Daud dan Hakim

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.
Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di akhbar Harian Metro sangat mengejutkan. Ini kerana ia makin meningkat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung.dasyat bukan....sama2 kita renungkan..kahwin la berlandaskan islam..bukannya hawa nafsu..sabar la di dalam rumahtangga kerna kesabaran itu mampu memadamkan api kemarahan...ingatlah manis ketika bercinta dulu bukannya mengelak daripada menghadapi masalah dan mencari insan lain peneman sepi..Apabila anda ingin berkahwin anda perlu bersdia daripada fizikal dan mental bukannya main kawen jer..jgn salahkan pasangan anda apabila perpisahan telah terjadi..namun renunglah dan muhasabah diri dengan apa yang berlaku...

faktor berlakunya penceraian adalah disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan,suami yang tidak bertanggungjawab,kerana campurtangan mertua atau alkohol,ketagih dadah,masalah kewangan,terbabit dengan jenayah,kesihatan.isteri di dera dan faktor2 lain..

Oleh itu sama2 kita jaga dan semai semula benih cinta di dalam perhubungan suami isteri...hargailah pasangan masing2..baik buruk  pasangan kita sekanrg kita yang pilih dulu..jadi jangan perikainya malahan ajarlah pasangan menjadi insan yang lebih baik..sedarlah bahawa kelemahan pasangan di tutup oleh pasangannya....cintailah pasangan anda seumur hidup..