Powered By Blogger

Wednesday, February 16, 2011

setia ku korbankan..

Kerana cinta seseorang sanggup berkorban apa sahaja...ungkapan yang terngiang2 di dalam benak fikiran ku...CINTA..adalah kuasa yang hebat kerna mampu membuatkan manusia alpa dengan kehidupan hakiki..Cinta menyebabkan individu sanggup melakukan apa sahaja walaupun melampaui batas norma dan nilai masyarakat..Cinta menyebabkan yang sakit menjadi sembuh dan yang gagal menjadi orang yang berjaya  namun cinta bukan seindah yang kita rasa..kesakitan akibat terluka dengan mainan cinta duniawi menyebabkan individu akan trauma seumur hidup..kegagalan bercinta menyebabkan seseorang sanggup menamatkan riwayat hidupnya..Hebatnya virus cinta ini..memang tiada ubatnya.hanya individu itu sendiri yang boleh mengubah dan mengatur langkah mengawal virus ini daripada memusnahkan diri..Cinta itu buta atau manusia itu sendiri yang buta kerana tidak dapat menilai buruk dan baik dalam setiap perlakuan..Debunga cinta yang mekar menjadi bunga di dalam hati setiap manusia menyebabkan seseorang itu sanggup nmelakukan apa sahaja walaupon pd dasarnya dia tidak mampu melakukan perkara tersebut..bila di lamun cinta di mata kita terlihat imej2 yang indah sahaja terhadap pasangan..walaupun yang buruk pada org lain namun pada kita dia la yang terbaik...bak kata orang tua2 ketika bercinta kentut pon berbau wangi...namun jika bunga semakin layu di dalam hati atau mempunyai orang lain segala yang baik terhadap pasangan kita sume nye buruk dan teruk pada pandangan kita...Hebat sungguh perasaan manusia yang di kurnia kan oleh Allah ini..



DEMI AWK SAYA SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA....

Cinta juga menyebabkan seseorang sanggup bergolok gadai bagi membahagiakan insan tersayang..biar la duit terkering di dalam poket asalkan pasangan kita dapat apa yang di ingini...Cinta juga menyebabkan seorang gadis sanggup menyerahkan mahkota agung(dara)terhadap lelaki yang di sayangi...Lumrah wanita mudah di pujuk dan berhati lembut menyebabkan gadis sanggup melakukan apa sahaja demi lelaki durjana...Pujukan rayu dan janji yang tiada itam putih menyebabkan gadis mudh terpedaya dan longlai dalam dakapan lelaki..di dalam kes ini kedua2 belah pihak yang salah sebb tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..bercinta memang x salah namun menyintai dan menyayangi seseorang yang tiada ikatan tidak harus meletakkan 100% kepercayaan terhadap pasangan kelak akan memakan diri..cintai lah sekadar 70% kerna kita perlu cintai diri kita sebaik2nya sebelum menyintai seseorang yg lain..wahai kaum adam..ingat lah tugas anda sebagai pemimpin..sekiranya anda benar2 menyayangi seseorang perlu kah anda melakukan sedemikian terhadap insan yg di sayangi..jadilah laki yang budiman dan coth yang baik..Cinta memang hebat kerana dengan cinta yang kaya menjadi miskin manakala yang ada harta menjadi papa kedana semuanya bagi memenuhi permintaan pasangan yang tidak memahami status individu tersebut..Cinta juga menyebabkan individu mejd berani melakukan sesuatu yg tidak masuk akal dan berada di dunia mereka tanpa memkirkan hati dan perasaan org lain terhadap tindakan mereka..kahwin lari di negara lain dan di tangkap khalwat merupakan salah satu pengorbanan yang memalitkan arang di muka keluarga tercinta..namun pengorbanan ini akan di akhiri dengan penyesalan apabila cinta terhadap pasangan semkin pudar dek kerana sikap buruk dan kehidupan yang semakin teruk bila bersama dgnnya..akhirnya keluarga di cari sbg sumber rujukan...Ingatlah bahawa setiap perbuatan buruk kita secara tidak langsung akan memberi kesan kpd keluarga terutama ibu yang mengandung dan menyusukan kita..jangan la kerna cinta duniawi kita sanggup lakukan apa sahaja..jgn la anda jadi mangsa yang terkorban kerana cinta..

PUTUS...CINTA
Hubungan yang di bina x semestinya akan indah dan di jamin berkekalan sepanjang masa..bak kata pepatah..ku sangka panas sehingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..jgn mudah mengalah dengan virus cinta,bangun dan bangkit dengan seribu impian..tidak kira siapa yang salah di dalam perpisahan tersebut semuanya telah tertulis..seandainya jodoh pjg InsyaAllah akan ketemui juga...putus cinta memang sesuatu yg perit dan mengambil masa yg lama utk di ubati...putus cinta x bermakna kita x boleh hidup tanpa dia..namun sebenarnya masa ini lah kita buktikan bahawa tanpa dia kita boleh berjaya dan hidup dengan gembira..jgn di kesali perpisahan biarkan ia pergi..penuhi masa dgn aktiviti..biarkan hati terubat dan insyaALLAH kita akan ketemu insan yang lebih baik drpd dia..anggap semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan jgn simpan dendam terhadapnya..biarkan dia menyesal dengn kptsan yang di buat..yakinlah pd diri bahawa tanpa dia anda mampu berjaya dan buktikan! jgn tersilap langkah dan melakukan perkara yang menggagalkan diri kita..bina semula motivasi diri dan gunakan lah 24 jam yg di beri dengan sebaik2nya


Ingatlah bahawa, cinta hanya perasaan yang di pinjamkan oleh Allah kepada setiap umat manusia..jangan musnahkan diri kerana cinta yang sementara..Cintailah Maha Pencipta kita dahulu sblm menyintai insan lain

tempahan mee bandung dan tempenyek

Selain bidang service kami juga menawarkan tempahan mee bandung muar untuk majlis keramaian atau kenduri dengan harga yang berpatutan..anda akan di beri sample sebelum menempah..bagi yang berada di kajang..mereka pasti pernah merasa mee bandung Mak Wee...xpercaya..cube la rasa dan nilai sendiri...Selain itu kami juga menawarkan tempahan tempenyek kacang dal,tanah dan kacang hijau sebagai makanan sampingan yang boleh di jadikan salah satu bahan pemberiaan sebarang majlis...harga berpatutan..jika ingin tempah sila tempah lebih awal kerana bulan 6 ini mempunyai tempahan yang banyak...

bengkel wan racing auto service

Dalam minggu ini bengkel wan sibuk dengan kete customer yang datang untuk mendapatkan service yang murah berbanding bengkel lain...x menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan..alhamdulilah rezeki yang di kurniakan oleh MU...membuka bengkel bumiputera dan saingan yang banyak bukan kerja yang senang...memperolehi kepercayaan daripada pelanggan adalah aset yang amat sukar di realisasikan..bengkel kami berada di tengah2 bengkel lain..walaupun baru namun Alhamdulilah segalanya berjalan dengan baik...semoga bengkel ini akan terus maju..walaupon terdapat kesukaran namun insyaALLAH ia akan di atasi bagi melihat bengkel ini terus maju ke dpan..Sokongan aNDa SEBagai pelannggan kami amat di hargai...


KEPUASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI..

ANDA PUAS HATI DENGAN SERVIS KAMI,KAMI LEGA HATI MELAKSANAKAN KERJA INI..