Powered By Blogger

Thursday, March 17, 2011

tsunami..berulang kembali..


Tika waktu jumaat itu..mendung berarak di selangi hujan renyai...hari tersebut sgt redup seperti menandakan sesuatu yang bakal di tangisi akan berlaku..betul la jangkaan aku...cuaca ketika itu rupanya menandakan kesusahan dan tangisan yang di ratapi oleh penduduk di negara matahari terbit iaitu Jepun...Tsunami kembali mengganas setelah menelan warga Acheh pada tahun 2004..penangan ombak yang besar itu sekali lagi mengganas menghentam dan menelan berpuluh ribu rakyat Jepun pada 11 March 2011..sehingga kini kesannya terkesan oleh setiap warga jepun..lagi2 di tambah dengan kebocoran gas nukleur yang sgt membimbangkan rakyat Jepun dan serata dunia..


apa itu Tsunami...?
Ketika itu istilah ini amat asing bagi ku....dan aku sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang di namakan oleh Tsunami namun sejak tsunami mengganas pada 2004 yang melibatkan negaraku sendiri..aku terpana untuk mengetahui lebih lanjut ombak ganas yang mengorbankan nyawa, harta benda dan menyapu sebuah negeri menjadi padang jarak padang terkukur..Ombak ini datang tanpa amaran dan pergi memberi kesan di dalam ingatan setiap manusia..


tsunami  berasal daripada perkataan Jepun yang di tukar dalam bahasa English membawa maksud Harbour(tsu)wave(nami).Istilah tsunami di gunakan oleh nelayan Jepun bagi menjelaskankemusnahan yang di lakukan boleh menyebabkan kawasan pengkalan kapal musnah..
Fenomena tsunami berlaku di sebabkan  ketidakstabilan aktiviti yang berlaku di dasar lautan.Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ. 


Pada 11 mac 20011 gegaran yang kuat pada skala 8.9 skala hitcher mewujudkan tsunami dengan kelajuan 1000 km sejam.Pantai timur Sendai merupakan lokasi pertama bermulanya tsunami yang mencetuskan fenomena tanah runtuh,kebakaran,pergerakkan plat tektonik dan terputusnya talian telekomunikasi.Kedudukan Jepun yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik meletakkan ia sebagai negara yang paling aktif menerima gempa bumi.Tsunami telah mengorbankan ramai penduduk dan menghancurkan tempat tinggal,pelabuhan serta merosakkan loji nukleur di Daichi.Tsunami yang melanda Jepun kali ini merupakan bencana yang terburuk dalam lipatan sejarah berbanding 140 tahun yang lalu.


sistem amaran awal...
Jepun merupakan negara yang bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya gemopa bumi kerana terletak di lingkara api pasifik..Pelbagai cara di ajar kepada rakyat di negara berkenaan sebagai langkah awal menghadapi bencana..kanak2 di ajar untuk duduk di bawah meja jika gempa berlaku..selain itu kebanyakkan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.Setiap penduduk juga mempunyai radio yang di agihkan oleh kerajaan tempatan yang di gunakan sebagai arahan berpindah daripada pihak berkuasa di dengari oleh setiap penduduk..Semua orang dewasa di beritahu pusat penempatan sementara berdekatan perumahan mereka agar dapat menyelamatkan nyawa apabila sebarang bencana berlaku.Selain itu setiap infrastruktur yang di bina akan di periksa bagi mengelakkan sebarang runtuhan jika gempa berlaku di negara matahari terbit tersebut.Kereta api laju dan loji nukleur akan berhenti secara automatik apabila berlakunya gempa..


radiasi daripada nukleur yang bocor...
Rakyat di negara Jepun kini hidup di dalam kebimbangkan kerana awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam.Radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.Radiasi nukleur yang tersebar akan menyebabkan manusia mengalami kanser kulit,kanser,kemandulan..bahaya kepada ibu yang mengandung dan lain2 lagi,,kesannya amat dasyat dan di takuti oleh setiap masyarakat di pelosok dunia..Namun kerajaan Jepun tidak berdiam diri dan berusaha membaiki kebocoran di loji nukleur Daichi..Bandar Tokyo yang sebelum ini sibuk dan di penuhi oleh orang menjadi lengang kesan daripada penularan pencemaran radiasi..kebanyakkan orang mengambil keputusan untuk menetap di rumah masing2 bagi mengelakkan kesan radiasi terhadap diri masing2..


Ketabahan dan budaya..'
Kesibukkan dan hiruk pikuk suara serta tangisan yang menemani sepanjang bencana ini tidak mematahkan semangat rakyat negara Jepun untuk meneruskan hidup dan tidak gentar dalam menghadapi sebarang kemungkinan...mungkin  diri mereka sudah terbiasa dengan gempa bumi dan gegaran..Oleh yang demikian diri mereka sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan...tangisan dan jeritan kedengaran di terowong telinga mengiringi doa yang tidak putus agar keluarga mereka semua selamat di sebalik bencana ini..Ombak yang mengganas dan datang tanpa suara itu memusnahkan sendai sebagai kawasan yang menjalankan aktiviti pertanian..Rumah2 di hanyutkan seperti sampah..dan manusia yang kerdil di bawa sekali seperti tiada belas kasihan...Sudah Jatuh di timpa tangga...sudah la tsunami,,kini Jepun sekali lagi di duga dengan kebocoran gas nukleur oleh loji di Daichi...Sedang orang sibuk bimbang..rakyatnya sgt patuh dan tenang menghadapi dugaan ini...itulah budaya yang amat aku hormati..Sejak dari kecil terikat dengan peraturan dan adab sehingga besar malahan bencana penduduknya mempraktikkan amalan tersebut...Terkesima aku ketika melihat budaya tunduk atau bow mereka...mana tidaknya semasa untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan mereka akan menunduk sebagai hormat sebelm askar atau doktor menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap diri mereka...Selain itu yang ku banggakan ialah mereka bole beratur ketika mendapatkan bantuan..berbeza sungguh dengan budaya negara lain..alangkahnya baiknya jika budaya kita pon begitu...


Dalam kesedihan wujud sindiran dan tawa...
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul...bencana dan kesedihan jangan di permainkan...saya x sangka ada individu yang sanggup menjadikan bencana yang melanda di Jepun ini sebagai gurauan mereka...cuba anda bayangkan jika keluarga atau saudara anda merupakan salah seorang yang terlibat dengan bencana tersebut dan orang lain gelakkan dan jadikan lawak...mesti anda marah kan...tolonglah  jaga peradaban anda,,jangan menampakkan anda seorang yg tiada moraliti dan rendah IQ..tolonglah jangan sebarkan benda yang bukan2..dan belum tahu kesahihannya..ini akan memburukkan keadaan lagi...Jika anda risau dan takut cuba anda bayangkan orang yang berada di Jepun tersebut..,kenapa diorang bole bertenang.namun kita yang tidak terbabit menggelabah x tentu hala dengan sesuatu yang tidak pasti..i












Kuharap rakyat malaysia yang berada di Jepun tabah hadapi dugaan ini...sama2 kita doakan kesejahteraan rakyat negara berkenaan...walaupun bukan seagama dan sebangsa namun kita semua manusia sejagat...mati itu memang pasti dan mati itu adalah kiamat kecil yang perlu di hadapi oleh setiap manusia...sama2 kita renungkan..berteknologi macm mane pun negara tersebut jika Allah inginkan ia terjadi..maka terjadi juga...penuhi amalan dan hindari sebarang kemungkaran...sama2 kita insafi diri dengan apa yang berlaku kini...
sumber di petik daripada kosmo online