Powered By Blogger

Thursday, October 27, 2011

koleksi mutiara kata pemangkin diri menjalani kehidupan hari ini

koleksi ini saya petik daripada kata-kata Al-Qarni sebagai perkongsian bersama


1-Hati yang selalu bahagia akan membunuh virus penderitaan,demikian juga jiwa yang pasrah kepada takdir Allah s.w.t akan menghancurkan bakteria kebencian


2-Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh dan kesihatan adalah perisai yang paling utama.Ilmu pengetahuan adalah makanan yang paling lazat,cinta adalah ubat yang paling mujarab,sedangkan pakaian yang menutup  aurat adalah pembalut tubuh yang paling indah.


3-Rasulullah s.a.w Bersabda: Jangan mengucapkan kata2 yang kamu akan menyesalinya kemudian


4-jangan memikul bola dunia di atas kepalamu.Jangan berfikir bahawa orang lain akan memerhatikan seluruh urusanmu.Ketahuilah,sesungguhnya setiap orang memiliki urusannya sendiri sehingga tidak akan sempat memerhatikan urusan orang lain


5-Siapa yang sentiasa menghindari perselisihan,menjauhi kesombongan,terpelihara dari sifat dusta,pasrah pada takdir,mengubur dalam-dalam sifat dengki maka Allah s.w.t akan meneguhkan hatinya pada jalan kebenaran sebagaimana hamba-hamba pilihan-Nya yang lain.



No comments:

Post a Comment