Powered By Blogger

Monday, March 7, 2011

kerja seorang mekanik..tahukah anda..?

asalamualaikum...

malam ini tergerak hati ingin bercerita mengenai pekerjaan seorang mekanik..yang bergelumang dengan minyak hitam sepanjang masa...majoriti kerja ini di pelopori oleh golongan lelaki,..jrang tgok pompuan kerja sebagai mechanic kereta.,namun x mustahil ada kan...biasa la lumrah wanita tidak suka bergelumang dengan benda minyak2 itam..lagipun kerja ini wajib tangan akan kotor...jangan pandang rendah pada orang yang bekerja sebagai mekanik kerana tangan yang kotor dan itam ini la mampu membaiki kereta anda...kadang2 saya fikir tanga mereka umpama wayar yang mengetahui mana punca kerosakan sesebuah kereta...bekerja sebagai mekanik wajiblah baju kotor,seluar kotor dan tangan kotor dengan minyak..kalo nk basuh baju pakai pencuci apa2 pun x mampu hilangkan..itu la sebb tunang saya selalu ada baju khas bengkel..memang kotor...semua alat2 kat bengkel tu pon berminyak..tapi kalo ada masa lapang saya la mengelap barang2 bengkel tersebut..bukan apa..x salah kalo pompuan turun padang..kadang2 saya belajar sikit2 tentang enjin,ye la mana tau kot2 nanti kereta rosak bole baiki sendiri..hehehe...kuku dan tangan pekerja bengkel kete memang kotor.so bagi yang nk kawen memang kena cuci n cuti la dalam 2 hari bagi memastikan tangan bersih daripada minyak...

mungkin anda fikir kerja bengkel ini mudah..tapi bukan bagi saya...setiap hari saya tgok kerja mereka..betapa sukarnya mereka bekerja dan adakalanya x makan bagi menyiapkan kereta pelanggan...mereka terpaksa memerah keringat mengangkat enjin yang berat untuk di tukar atau di baiki...komponen2 di pasang balik..semuanya memerlukan masa dan kos...anda sebagai pengguna akan kata mahal atau service x baik tapi anda sanggup bekerja bawah panas,minyak tertumpah di baju@ badan...kita duduk di bawah kereta melihat kerosakan ketika panas terik...sanggupkah anda berbuat demikian..anda ingin service yang baik dan murah,namun saya ingin sedarkan anda bahawa adakalanya kerja yang mereka lakukan tidak sejajar dengan upah yang di bayar....

saya cuma minta anda di luar sana hargailah kerja kami di cni...kami bukan meminta harga tanpa usul periksa namun itu la harga yang wajar di bawah di atas keringat kami...
di wan racing auto service saya selalu menasihatkan tunang saya agar pastikan customer puas hati dan tidak perlu charge mahal2...sebb saya pon faham..bukan semua kita ni dalam kalangan orang berada..selalunya kereta sakit time kita xde duit...hehehe

datang kepada kami..sedia khidmat dengan seikhlas hati
tiada tipu atau charge tersembunyi
hanya mengikut prosedur harga terkini..
anda x datang pasti rugi
kerna di luar sana blum tentu service baik menanti..
cuba dengan service kami
anda pasti akan kembali dengan senyum meleret di pipi..
heheehe

pengalaman atau sijil diploma dan degree..

Asalamualaikum...salam manis dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pekerjaan dunia kini khasnya bagi pencari pekerja dan majikan di luar sana...pengalaman atau sijil yang lebih penting..??..Dalam dunia pekerjaan kini bagi pandangan saya pengalaman dan kemahiran di titik beratkan daripada mempunyai degree atau diploma samada daripada IPTS mahupun IPTA..itu lah yang di cari oleh majikan di luar sana..bukannya sijil atau degree..bukan saya menyangkal atau melemahkan semangat bagi individu yang ingin melanjutkan pelajaran namun itu lah hakikat yang terpaksa kita terima terutamanya jika kos atau jurusan yang di ambil tidak mendapat tempat di dunia pekerjaan....atau pendek kata tiada market...saya adalah salah satu graduan lepasan universiti dan sudah merasa berapa peritnya mencari dan memperoleh pekerjaan...walaupun permohonan yang di minta hanya seorang kerani atau penyambut tetamu..rata2 majikan inginkan pengalaman...bukan meletakkan gaji yang mahal namun sekadar ingin memperolehi pengalaman dalam bidang pekerjaan...jika tiada pengalaman pihak kami tidak boleh membantu..sedangkan anda memang tidak membantu kami pun..macam mane lepasan graduan ingin bekerja jika semua pekerjaan memerlukan pengalaman kerja paling kurang setahun dalam bidang yang di pohon..kebanyakkan kawan2 saya  masih tiada kerja kerana karenah majikan yang sedemikian namun mereka mengambil jalan mudah dengan bekerja di restoran fast food atau kerja biasa2 bagi menampung hidup dan membayar balik PTPTN..Alhamdulilah ada kerja..namun sepadan kah dengan penat lelah belajar selama ini..?? kebanyakkan graduan bukan memilih kerja namun mereka menginginkan gaji yang wajar dengan kelayakkan mereka...x salah jika majikan mengambil mereka dengan gaji permulaan..bila dah confirm barulah mereka akan di serapkan dengan gaji yang sepatutnya..selain itu kebanyakkan majikan tidak mahu mengambil graduan lepasan ijazah kerana demand atau x mampu bayar gaji yang mahal...namun x cuba x tahu...berilah mereka peluang menimba pengalaman dan x salah jika anda mengajar mereka kerana sblm anda menjadi majikan anda juga pekerja dulu..sama2 la kita renungkan....

PENGANGGURAN..TEKANAN DAN KURANG KENYAKINAN DIRI



Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak memperoleh pekerjaan.Berumur dalam lingkungan 18 hingga 64 tahun
Kesan negatifnya termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan kegagalan peribadi.Hal ini di tambah lagi apabila orang sekeliling menambahkan tekanan dalam diri..Masyarakat boleh menghukum namun tidak mengetahui apa yang berlaku..usaha memang usaha namun belum ada rezeki untuk mereka.Orang sekeliling mudah berkata (buat apa belajar tinggi2 kalo x kerja,baik bakar atau buang sahaja degree tersebut).Ingatlah wahai masyarakat sekeliling..anda bukan membantu tapi memburukkan keadaan individu tersebut. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi
Yakinlah pada diri anda wahai siswazah dan penuhi lah ilmu di dada sebanyak yang mungkin...Belajar kemahiran bagi memantapkan diri..amik kursus bagi menyakinkan diri anda bercakap dengan penemuduga..belajar bahasa antarabangsa dengan baik dan melangkahlah ke gerbang pekerjaan dengan yakin dan motivasi tinggi..jadikan kelemahan sebagai semangat anda..sekali di tolak x bermakna anda akan gagal selamanya...rezeki ada di mana2 sahaja..walau apa pon kerja yang anda lakukan asalkan halal dan membantu diri serta keluarga anda...biar orang nk cakap apa sekali pun sebb kita bukan menagih simpati dan wang pada mereka..kita berusaha sendiri..jangan salahkan takdir jika anda blum ada rezeki lagi memperolehi pekerjaan sesungguhnya di saat anda hampir menyerah akan tiba kejayaan tersebut...jangan kita cemburui rakan yang bekerja bagus atas dasar pertolongan orang namun kita perlu berbangga diri kerana kita kerja atas kenyakinan dan kebolehan diri kita sendiri....Jika anda bercita2 menjadi ahli perniagaan..belajar dan masuk kursus keusahawanan bagi memantapkan perniagaan anda..jangan harapkan orang bagi kita kerja tapi berusahalah atas usaha kita sendiri..sampai bila kita bekerja dengan orang...jangan mudah mengalah sahabatku sekalian..anda bukan insan yang gagal...anda di lahirkan sebagai insan yang berjaya..jadikan sijil anda sebagai landasan hidup kerana x semestinya orang bekerja kini akan berjaya kelak..ubahlah paradigma anda dan mulakan daripada sekrang....jgn jadikan alasan nanti dulu sebagai kamus hidup anda....percayalah cakap saya bekerja sendiri lebih banyak pendapatannya daripada bekerja dengan orang...saya Alhamdulilah tunang saya banyak bagi semangat dalam memulakan bisnes..kini kami sama2 berusaha memajukan bengkel kami di kajang...saya pembantu dia namun pada masa yang sama saya tidak gagal dalam berusaha mendapatkan kerja yang lebih baik...Keluarga mentua pon daripada keluarga bisnes secara tidak langsung saya belajar sedikt sebanyak dalam menambah kemahiran perniagaan dengan mereka.
berdoalah ydengan Allah setelah berusaha.sesungguhnya DIA telah merencanakan yang terbaik buat kita..bagi yang sudah memperolehi pekerjaan..janganlah anda merungut dengan kenaikan gaji atau kebajikan anda..sesungguhnya anda bertuah kerana sudah mempunyai kerja yang tetap..sedarkah anda dulu seblm mendapat pekerjaan anda sanggup berjanji manis dengan majikan..?namun kini mana janji anda...rezeki yang sementara ini ingin di runguti sedangkan rezeki datang daripada Allah...tunang saya selalu bagi semangat kepada saya Allah merencanakan yang terbaik untuk saya sbb tu dia x bagi rezeki lagi...sekarang ini saya selesa membantu dia menguruskan 2 perniagaan yang di amanahkan oleh bapa mertua saya..INGAT KATA2 SAYA...ANDA TIDAK GAGAL JIKA ANDA SUDAH BERUSAHA....BIAR ORANG HENDAK MENGATA APA PUN..bila susah orang mengata namun bila kita senang pon orang mengata...sabar dan biar je apa nk di kata kerana zaman sekang ini...hukum dunia di balas dunia..mcm karma...wasalam..segala tutur kata yang membuat pembaca terasa saya mohon maaf..