Powered By Blogger

Thursday, October 27, 2011

Bunuh diri

Bunuh diri bermaksud menamatkan nyawa sendiri yang membawa kepada kematian.Pada era globalisasi kini,manusia mengalami tekanan yang kuat daripada pelbagai cabang bagi memastikan diri mereka mampu hidup di dalam kelompok masyarakat.Tekanan di tambah dengan kelonggaran integrasi dengan masyarakat mendorong kepada tindakan bunuh diri.Lazimnya mereka yang mengambil keputusan drastik ini tidak mampu berfikir rasional kerana tiada sokongan daripada orang sekeliling yang membantu mengawal emosi mereka.Kebanyakkan bunuh diri ini berlaku dalam kalangan remaja yang merupakan pewaris negara.




Mengikut teori,bunuh diri sinonim di kaitkan dengan bapa sosiologi iaitu Emile Durkheim.Emile mengkaji konsep bunuh diri.Teori yang di kemukakan menyatakan bahawa bunuh diri terbahagi kepada 4 bahagian


1-BUNUH DIRI EGOISTIK

Bunuh diri ini berlaku apabila individu tidak dapat mengintegrasikan diri sepenuhnya dalam kehidupan sosial yang lebih besar.Kekurangan integrasi telah mengakibatkan wujudnya keadaan individu tersebut kehilangan makna hidup dan haluan.Bunuh diri ini terjadi kerana wujud tekanan yang kuat terhadap individu apabila ikatan sosial dalam kelompok sosial lemah.Masyarakat yang mempunyai kesedaran kolektif yang kuat mampu mengatasi kejadian bunuh diri ini daripada berlaku.Sekiranya kesedaran kolektif itu lemah,maka individu mudah melakukan apa sahaja yang dia kehendaki.Apabila kehendak diri tidak dapat di penuhi maka wujud ketidapuasan hati dan akhirnya di akhiri dengan bunuh diri.Menurut Durkheim kelemahan integrasi masyarakat akan mewujudkan arus-arus sosial yang tersendiri(iaitu arus2 yang terpesong daripada norma2 masyarakat)


2-BUNUH DIRI ALTULRISTIK
Bunuh diri ini memperlihatkan integrasi sosial adalah sangat kuat.Individu secara sendirinya membunuh diri untuk kebaikan samada kebaikan secara spiritual atau kebaikan kumpulannya.Contohnya serangan Kamikaze.Secara amnya,mereka yang melakukan bunuh diri altulristik ini merasakan bahawa menjadi tugas mereka untuk bertindak sedemikian.Mereka mementingkan kelompok atau kumpulan daripada diri sendiri.Kadar bunuh diri egoistik yang tinggi terhasil daripada tekanan dalam kehidupan manakala bagi bunuh diri jenis ini terhasil daripada harapan tinggi yang di letakkan terhadap kehidupan.Bunuh diri ini di di laksanakan kerana mempunyai semangat  yang luar biasa terhadap kumpulan..Pendek kata bunuh diri ini lebih bersifat nasionalisme.


3-BUNUH DIRI ANOMIK
Bunuh diri ini berlaku apabila kuasa pengawalan sosial terganggu.Ianya berlaku apabila individu-individu tidak lagi berintegrasi positif dengan masyarakat.Norma-norma dan struktur yang mengintegrasikan masyarakat tidak dapat menerapkan nilai positif ke dalam diri individu tersebut.Gangguan sedemikian akan menyebabkan individu berasa tidak puas hati,tersisih dan kehilangan haluan.Kadar bunuh diri anomik mampu meningkat tidak mengira dalam keadaan positif (peningkatan pertumbuhan ekonomi) dan negatif(kejatuhan ekonomi).Kedua-dua gangguan tersebut membuatkan kolektiviti masyarakat tidak berupaya untuk mempraktikkan autoriti terhadap individu.
Perubahan yang berlaku sebenarnya meletakkan manusia dalam suatu keadaan yang baru di mana norma2 lama tidak lagi relevan.Dalam keadaan ini,individu berada dalam keadaan terpinga2 dan menjurus kepada peningkatan kadar bunuh diri anomik.Contohnya sewaktu kejatuhan ekonomi banyak syarikat bankrap dan menjurus kepada kehilangan pekerjaan.Kesannya individu akan kehilangan sumber pendapatan dan akhirnya menjurus kepada penyelesaian bunuh diri akibat ingin lari daripada hutang keliling pinggang


4-BUNUH DIRI FATALISTIK
Bunuh diri ini berlaku apabila nilai dan norma masyarakat tinggi@ meningkat,sehinggakan individu atau kelompok masyarakat tertekan dengan peraturan tersebut.Bunuh diri ini berlaku apabila individu merasakan hidup yang di lalui tiada makna dan hanya mati mampu menenangkan mereka.


APAKAH YANG MENDORONG BUNUH DIRI INI BERLAKU..?


1-Tekanan emosi atau kemurungan
2-Pengambil alkohol dan dadah
3-kurang didikan dan pegangan agama
4-kurang kasih sayang atau kelonggaran institusi kekeluargaan
5-Pengaruh media massa..
6-kegagalan personaliti
7-faktor luar(di buli,putus cinta,hidup sendirian.sakit yang berpanjangan,dan gagal dalam mencapai kejayaan)


TANDA AWAL KECENDERUNGAN SESEORANG MEMBUNUH DIRI


1-Perubahan tingkahlaku dalam tempoh 2 minggu samada terlalu ceria atau mengasingkan diri
2-bercakap tentang kematian dan memohon maaf kepada orang sekeliling.
3-Mudah marah,mendengar muzik yang luar biasa maksud dan rentaknya
4-gagal dalam percintaan.kadangkala mereka menyatakan hidup tidak berguna lagi
5-Tidak berminat untuk hadir ke kelas atau menunjukkan pencapaian pelajaran yang merosot.
6-Tidak menjada penampilan diri terutama tahap kebersihan diri dan rupa paras


*SEMUA AGAMA MELARANG PENGIKUTNYA MEMBUNUH DIRI


Remaja khususnya melihat bunuh diri sebagai satu cara penyelesaian terbaik ketika berdepan masalah hidup yang bersifat sementara.Kajian di Barat mendapati 27 hingga 39 peratus kes bunuh diri berlaku dalam tempoh 6 minggu daripada malapetaka dan trauma dalam hidup.Hal ini berlaku kerana tiada sokongan keluarga.Remaja yang melakukan tindakan ini kerana ingin menarik perhatian ibu bapa.Oleh yang demikian ibu bapa seharusnya menjadi rakan sebaya anak yang boleh di percayai bukan penekan yang utama dalam kehidupan anak..Di malaysia kita dapat lihat anak remaja bunuh diri rata2 kerana gagal di dalam peperiksaan.Hal ini berlaku kerana mereka tidak dapat menerima tamparan kegagalan dan akan di soal siasat oleh ibu bapa..Oleh yang demikian jalan penyelesaian adalah membunuh diri.


SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA..HUKUMAN kepada individu yang membunuh diri..


seksyen 309 Kanun Keseksaan

Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan,
menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke
arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh
satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. . Jika seseorang yang melakukan
perbuatan membunuh diri itu berjaya melaksanakan pembunuhan diri itu dan dia
akhirnya mati, maka undang-undang tidak menjadikan itu suatu kesalahan.
Akan tetapi, jika orang yang sama itu gagal melaksanakan apa yang telah dimulakan
dan tidak mati maka dia boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 309 Kanun
Keseksaan bagi cubaan membunuh diri.
Bagaimanapun, jika seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan tiada upaya untuk
berfikir sendiri demi kebaikan, atau mana-mana orang yang mabuk telah membunuh diri
ekoran daripada sumbangan pembantu tadi maka si pembantu tersebut boleh dihukum di
bawah seksyen ini. Hukumannya adalah mati atau penjara tidak kurang dari 20 tahun
dan juga denda.
Hal ini adalah kerana pihak yang mendraf undang-undang tidak mahu menggalakkanorang ramai mencabut nyawa mereka sendiri sewenang-wenangnya. Kebuntuan dankepayahan dalam mengharungi kehidupan sebagaimana hebat sekalipun tidak patutdiakhiri dengan keputusan untuk menamatkan hayat mereka.

LANGKAH2 PENCEGAHAN

1-Dekatkan diri dengan Tuhan dan penuhi diri dengan kerohanian
2-Sekolah-mengadakan program pengurusan tekanan dan komunikasi
3-membina keluarga yang harmoni-semua anggota keluarga perlu sentiasa memberi sokongan apabila salah sorang anggota keluarga bermasalah.Peranan ibu bapa amat penting dalam mengelakkan gejala ini berleluasa.Jadi lah sahabat yang memahami dan pendengar yang baik kerana di usia remaja..mereka tidak dapat membezakan yang betul dan salah.
4-berjumpa dengan kaunselor atau orang yang mampu mengatasi masalah anda
5-ingatlah orang yang masih sayangkan diri anda serta hargai nyawa sebagai barang yang bernilai..
6-yakin pada diri setiap masalah ada penyelesaiannya dan mati bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah.
7-Masyarakat harus peka terhadap individu yang berdepan dengan masalah peribadi dan sama2 memberi sokongan moral agar mereka tidak membunuh diri.

Bunuh diri bukan penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah.Hargailah nyawa yang di berikan sekali dalam hidup kita..sebagai masyarakat kita harus melihat bunuh diri sebagai isu sejagat.Hal ini kerana jika tidakdi atasi  bunuh diri akan menjadi penyelesaian terbaik kepada individu yang bermasalah.Sentiasa mengambil berat orang sekeliling anda dan jangan biarkan individu yang bermasalah ini keseorangan menghadapi kesukaran hidup.Kelak anda bakal kehilangan orang yang tersayang tanpa di sedari...

Life must go on..kegagalan hari ini merupakan kejayaan pada hari esok..hargai dan sayangi diri anda sebelum menyayangi diri orang lain..


No comments:

Post a Comment