Powered By Blogger

Tuesday, March 8, 2011

sombong @ bongkak tidak mengena tempat...

hei u...! cuci kereta i elok2..jangan calar...atau mencampakkan barang di depan kita dengan muka yang masam...pernah anda mengalami semua ini...?budi bahasa budaya kita namun kini pepatah itu semakin tidak relevan..yang kaya memandang rendah orang miskin atau taraf hidup rendah manakala yang miskin terus di hina...wajarkah semua ini berlaku..sedangkan kita di lahirkan di bumi ini daripada Allah...dengan duit dan status manusia alpaserta berkhayal dengan sikap dia bagus..namun bukan semua orang kaya sombong..ada gak yang baik namun x ramai mempunyai sikap rendah diri..



Allah melarang kita untuk sombong:
”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
Allah benci dengan orang-orang yang sombong:
”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]
Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebesar zarah dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau seliparnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
Tahukah anda kita sesama manusia ini sama sahaja di sisi Allah..tiada bezanya..kita mati pun hanya amalan sahaja yang di bawa bukannya rumah@harta yang kita cari di muka bumi ini...ingatlah wahai sahabatku..setinggi mana pun pangkat dan darjat mu jangalah kamu berjalan sombong di muka bumi ALLAH INI..
Tahukah anda bahawa tidak semua oran kaya itu ingin menunjukkan kekayaan mereka...saya mempunyai pengalaman iaitu orang yang berada namun hanya menaiki kereta biasa atau motor ke mana sahaja...dia tidak menggunakan kad kreadit dan perwatakkannya seperti orang biasa sahaja..namun siapa sangka bahawa dia seorang insan yang mempunyai kedudukan dan berduit banyak...itu la sikap yang perlu kita ikutkan...namun adakalanya kita lupe untuk mengukur kemampuan di baju sendiri...sombong tidak bertempat...jangan sesekali hina pekerjaan seseorang kerana dia hanya bekerja biasa atau bertaraf rendah..sekurang2nya mereka tidak mengemis meminta belas kasihan orang..dan berusaha menggunakan keringat bagi memperolehi rezeki untuk menyuap makanan kepada anak2 di rumah..jangan pandang pada pakaian atau harta luaran..kerana belum tentu mereka kaya di dalam hati..sama2 kita renungkan...
pengalaman yang saya tidak lupa ialah apabila seorang pak cik yang berstatus tinggi mencampakkan duit bayaran cuci kereta kepada pencuci keretanya... astagfiruallahalazim...Ya Allah..kaya dunia namun miskin hatinya...lagi satu yang saya kongsikan ialah orang memandang rendah individu yang menduduki rumah pangsa...kenapa mindset begitu...hinakah kami yang menetap di rumah jenis pangsa ini..? rumH pangsa di anggap sebagai rumah burung dan hanya orang miskin@ bertaraf rendah sahaja menetap di sini...ingin saya tekankan kepada sahabatku sekalian...bukan semua orang mampu memiliki rumah yang berpijak di bumi ini..bukan semua orang berduit untuk membeli rumah teres yang kini menelan belanja beratus ribu..kebanyakkan penghuni pangsa ini bekerja di sektor industri bukannya sektor kerajaan yang membolehkan anda membuat pinjaman dengan mudah di bank2 seluruh negara...jangan la anda bandingkan harta kekayaan..status,,kerja dan petempatan seseorang itu..ingatlah mati nescaya anda tidak akan sombong lagi...

bukan harta kekayaan yang di bawa mati.
hanya amalan yang di bawa sekali...
di hisab dan di nilai melalui perbuatan anda di muka bumi..
ingatlah sikap sombong Allah amat benci
jangan sesekali kita amalkan sikap ini 
nescaya pembalasan akan menunggu anda di akhirat nanti..
itu janji Allah yang pasti...
sama2 kita renungi..sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri..InsyaAllah saya akan perbaiki diri... keep in touch..