Powered By Blogger

Saturday, March 19, 2011

anak..sesuci kain putih...

Tangisan bayi,jari jemari yang kecil..mata yang kecil dan muka yang comel..owh indahnya mempunyai anak..setiap pasangan yang mendirikan perkahwinan menginginkan anak bagi menghiasi kehidupan berdua dan meriuhkan suasana di dalam rumah...Anak juga merupakan pengikat hubungan di alam rumahtangga yang penuh pancaroba ini..Anak yang di lahirkan membawa rezeki yang tersendiri kepada setiap pasangan yang di kurniakan  cahaya mata..Bayi yang baru di lahirkan di ibaratkan kain putih yang suci dan ibu bapa yang bakal mencorakkan kehidupan anak mereka sejak lahir sehingga dia  dewasa..



Petang semalam,kebetulan aku pergi ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan bagi ibuku yang kurang sihat..sedang tunggu ada seorang wanita yang membuat ujian air kencing..selang beberapa minit beliau keluar bersama sahabatnya dan keluar dengan muka kecewa..kedengaran di telinga ku..sahabatnya menyatakan bahawa jangan mengalah dan berusaha lagi...aku dapat meneka bahawa wanita itu merasakan dirinya mengandung namun rupanya harapan tersbut meleset sama sekali...dalam benak otakku mungkin Allah belum memberikan rezeki kepada insan ini dan InsyaAllah akan tiba satu masa Allah akan memberikan rezeki kepada dirinya..Di dalam fikiranku..bagi insan yang sudah berumahtangga bukan senang untuk mendapatkan zuriat namun di luar sana banyak bayi yang di lahirkan di bunuh atau di buang merata2..tiada rasa belas kasihan langsung..mereka yang melahirkan namun tergamak untuk membuang bayi comel merata2..berdosakah anak itu..sampai di perlakukan sedemikian..? kadang2 aku terfikir sejenak...manusia di kurniakan Allah akal yang bernas dan mampu membezakan mana yang baik dan buruk namun kenapa manusia zaman kini akalnya terlalu pendek sehingga tergamak membuang anak mcm sampah..setiap bulan ada sahaja cerita bayi buang di dada2 akhbar...apabila nafsu menguasai diri akal fikiran bukan lagi sebagai rujukan..agama di tolak tepi..syaitan menguasai dan manusia kalah lagi..syaitan melihat dengan senang hati..anak2 adam tewas di dalam perjuangan hati dan rohani...

Jangan duduk berdua2 kerana ada yang ketiga..teringat aku dengan lagu bila berpacaran..banyak nasihat di dalam lagu itu bagi pasangan kapel2 di zaman kini..jangan dekati zina kerana ia adalah dosa besar...ini lagi kes buang bayi apakah tiada rasa sekelumit penyesalan di atas perbuatan mereka...kadang2 semua ini buat aku terfikir..manusia akhir zaman..ini adalah salah satu ciri2nya..Ya Allah jauhilah musibah ke atas bumi bertuah ini..ketakjuban kewujudan seorang bayi banya memberi renungan dalam diri ku...sungguh indah ciptaan Allah ini...janganlah persiakan kurniaan yang di berikan Allah...jika pernah membuat silap..jangan terus ulangi namun insafi diri dan dekatkan diri dengan yang Maha Pencipta..Sesungguhnya pintu taubat terbuka bagi mereka yang benar2 ingin bertaubat..manusia tidak terlepas daripada kekhilafan..oleh yang demikian bertaubat adalah jalan terbaik daripada terus hanyut di buai mimpi di dunia sementara ini..

nukilan ini ku garap setelah aku terbaca di sebuah akbar tempatan mengenai  bayi yang terselamat ketika tsunami melanda jepun..Ya Allah besarnya Kuasa Mu...jika Engkau berkendakkannya nescaya ia akan berlaku...tidak terfikir di benak otak manusia bagaimana bayi yang berusia 4 bulan mampu terselamat daripada ombak yang mengganas tersebut..tidak tercapai dek pemikiran akal manusia..itu lah Kuasa Allah..bagaimana Dia menginginkan bayi tersebut hidup di celah2 runtuhan binaan tersebut walaupun tanpa minuman..Jika di lihat daripada aspek ketakjuban ini, ingin ku kongsi pandangan,jangan la anda sewenang2nya membuang dan membunuh bayi yang tidak berdosa sesungguhnya bayi adalah ciptaan Allah...Di luar sana ramai pasangan yang tidak mempunyai anak menginginkan anak,pelbagai usaha di lakukan bg memperolehi anak namun kita senang2 saja buang bayi itu merata2..malu dan takot menyelubungi diri namun membuang bayi bukan jalan penyelesaiaannya..bagi anak2 muda di luar sana..jangan kerana mulut manis anda jatuh ke dapakan lelaki berhidung belang..sedarlah wahai wanita..jika die benar2 sayangkan anda..dia tidak akan memperlakukan anda sedemikian...kelak bila sudah membusung diri anda juga akan merana dan lelaki itu akan lepas tangan..saya sedih bila bayi di perlakukan sedemikian...nasi bila sudah menjadi bubur tiada gunanya..jika anda sudah terjerat..banyak saluran di luar sana yang mampu membantu anda..tolong jangan perlakukan bayi anda sedemikian rupa..kecian pada dirinya..nasihat saya sblm terlambat jauhilah zina..nikah la jika anda benar2 ingin menghalalkan hubungan itu..mas kahwin yang penting bukannya hantaran..islam itu mudah..jangan menyukarkannya dengan adat..ingatlah..dosa anda akan menyusahkan anak yang anda lahirkan..mereka akan tertanya2 sape ayah dan ibu mereka..dalam surat beranak tiada nama ibubapa..mereka di ejek oleh masyarakat..hanya yang tabah mampu mengharungi hidup..jangan biarkan semua ini berlaku...


bayi...
kelahiranmu di tangisi..
tanda kesyukuran kepada Ilahi
ayah dan ibu gembira tidak terperi
menyambutmu lahir ke dunia ini...


wahai bungaku yang mewangi..
jangan kau cemari dengan noda duniawi
anak adalah kurniaan Ilahi
jangan kau persiakan dan buang sana sini..




sesuci kain putih membaluti diri ini..
aku tidak mampu berkata lagi..
aku di buang sana sini..
ibu kenapa aku di perlakukan begini
jika engkau tidak menginginkanku di dunia ini
kenapa dari awl engkau tidak membunuhku lagi,
sedih hati di temani semut menggigit diri ini...
akhirnya aku kembali pada sang Pencipta Diri ini
semoga aku berjumpa dengan mu ibu di akhirat nanti..







nukilan ini hanya renungan bersama..