Powered By Blogger

Thursday, February 3, 2011

Di sebalik bencana alam tersembunyi peringatan dari ALLAH

Bencana sana sini tidak mengira sama ada di dalam dan luar negara..baru2 ini negara di kejutkan dengan bencana banjir yang menenggelamkan 3 buah negeri iaitu melaka,johor dan N9..walaupun bukan di catatkan sebagai bencana terburuk di dalam negara namun ia secara tidak langsung memberi impak keapa sosioekonomi masyarakat yang terbabit dengan bencana banjir...apakah yang sebenarnya yang menyebabkan bencana ini berlaku..?adakah di sebabkan sistem pengairan yang tidak lancar,purata hujan yang turun dengan lebat atau sebagai peringatan kepada umat islam supaya kita tidak alpa dengan keseronokkan dunia..? Sedarkah kita bahawa setiap yang berlaku mesti ada sebab dan hikmah di sebalik kejadian tersebut...pada era zaman globalisasi ini pemikiran manusia juga bergerak seiring dengan peredaran global..orang muda rancak berhibur tanpa mengira batasan pergaulan...berkepit sane sini dan tanpa segan silu membuka aurat..apakah kita hidup di akhir  zaman...bayi di buang seperti sampah tanpa ada belas kasihan..pembunuhan tidak mengira waktu dan tempat seperti nyawa manusia tiada nilai...kes sumbang mahram dan rogol sering menjadi berita di dada-dada akhbar..masihkah kita ingat pada bencana tsunami pada tahun 2004..yang mengorbankan beribu orang manusia..tidak cukupkah dengan peringatan yang di turunkan oleh Allah..mungkin sikap kita yang selalu lupa menyebabkan manusia mudah melakukan kesilapan berulang kali..Allah tidak akan menurunkan bencana tanpa sebab..sama2 la kita renungkan setiap kejadian yang berlaku kerana Allah itu Maha Besar....keseronokkan dunia ini hanya sementara jadi jgn lah kita mudah terpedaya dengan syurga dunia yang belum pasti dan kekal abadi ini..jangan lah kita hanya ingat pada Allah ketika di timpa musibah dan melupakanNYA ketika sudah senang..cintailah Allah seblm menyintai insan lain..jgn sesekali melupakan apa yang telah di beri oleh Allah kepada kita..jgn marah jika Allah menarik semula rezeki atau kesenangan daripada diri kita kerana sesungguhnya Allah berhak atas segalanya..bencana atau tragedi yang berlaku bukan saje2 di beri kepada kita namun ada hikmah yang tersembunyi....salam