Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

PERKAHWINAN...Bab 1..

Perkahwinan adalah sesuatu yang suci dan di wajibkan bagi semua umat manusia...perkahwinan menyatukan 2 hati@ 2 insan menjadi satu.,..bersama2 memikul tanggungjawab bersama mengharungi onak duri di dalam alam rumahtangga...
Hari ini saya nak bercerita tentang gerbang perkahwinan...mesti bakal2 pengantin tersenyum bila bercerita mengenai perkahwinan..Bagi bakal pengantin mesti anda sedang sibuk menguruskan persiapan melangkah ke alam perkahwinan...bagi yang belum bertemu putera2 puteri idaman..InsyaAllah anda di pertemukan tanpa di duga...Perkahwinan adalah ikrar taat setia kita akan bersama dan menerima pasangan seadanya di dalam keadaan susah dan senang..Jika di lihat dr sudut luaran perkahwinan bukan perkara yang susah namun bagi mempraktikannya amatlah sukar...Pasangan zaman kini sanggup bergolok gadai,pinjam meminjam bagi merealisasikan mahligai impian mereka...sedangkan mereka tidak sedar kesannya selepas majlis kenduri berakhir...ukurlah baju di badan sendiri sebelum melakukan sesuatu..jgn jadikan kenyataan "sekali seumur hidup sebagai landasan dalam menglengkapkan persiapan perkahwinan anda".Bagi saya keewangan dan kesejahteraan lepas kawen adalah lebih penting dan perlu di utamakan berbanding kenduri yang megah akhirnya pening kepala selepas perkawinan....Ingatlah wahai kenalanku..yang wajib adalah nikah n mas kawen..jangan la anda menunjuk2 dalam melakukan ibadat ini...Semoga hubungan anda akan kekal sepanjang hayat..

Hari ini saya ingin kongsi tentang tanggungjawab suami isteri...sama2 kita praktikan dlm rumah tangga..agar mahligai yang di bina tidak berkecai di tengah jalan...

tanggungjawab Suami
-mengadakan kenduri 
-melayan isteri dengan baik dan bergaul mesra dgn penuh kasih sayang
-memberi nafkah-belajar mendalami ilmu dan mengajar isteri
-menyuruh isteri beribadah kpd Allah
-membimbing isteri yang derhaka dan elakkan cemburu buta

tanggungjawab isteri
-taat kpd suami dan menjadi isteri solehah
-melayani dan menyediakan persekitaran yang menyeronokkn bagi suami dan anak2
-cepat berdamai apabila berlaku pergaduhan.

KASIH SAYANG ADALAH TUGAS YANG DI PIKUL BERSAMA

NIKAH-Sebagai akad atau perjanjian di antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin dengan kaedah dan syarat tertentu..Hal ini bagi memelihara kehormatan diri melaksanakan tuntutan agama dan mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri sekaligus menambahkan zuriat.

Rukun nikah
1-suami(pengantin lelaki)
2-isteri(pengantin perempuan)
3-wali
4-2 orang saksi
5-Ijab dan Kabul..

Hukum Perkahwinan

a)HARUS-iaitu hukum asal perkahwinan

b)SUNAT-Bagi yang ada kemampuan serta ada keinginan untuk berkahwin

c)WAJIB-Bagi seorang yang yakin atau bimbang akan terjerumus ke lembah maksiat iaitu zina

d)MAKRUH-Bagi yang tidak gemar berkahwinan di sebabkan penyakit atau tua serta menghalang daripada melakukan ibadat kepada Allah

e)HARAM-Sekiranya seseorang itu bimbang akan berlaku zalim kepada isterinya dan tidak mampu menunaikan hak-hak perkahwinan..

saya berharap dapat share sesuatu yang berguna kepada anda...semoga anda dapat sesuatu yang berguna daripada saya tentang perkahwinan...

No comments:

Post a Comment