Powered By Blogger

Wednesday, March 23, 2011

SPM Menjengah kembali...




SPM atau sijil Pelajaran Malaysia adalah sijil yang amat penting dalam menentukan hala tuju hidup seseorang..Sijil ini juga memperlihatkan kemampuan individu di dalam sistem pendidikan negara..Yang cemerlang gembira bukan kepalang namun yang gagal hanya tunduk merendahkan diri...Setiap rakyat di Malaysia wajib menempuh peperiksaan ini bagi menentukan kemampuan diri masing2 setelah berhempas pulas selama ini menjadi seorang pelajar...SPM juga merupakan pengakhiran pembelajaran di sekolah..tiada lagi gelaran pelajar sekolah dan memakai baju seragam di sekolah..segalanya tersimpan rapi di almari kerana dunia luar yang bebas sedang menanti bagi setiap pelajar lepasan SPM,.

Teringat ketika diri ku mengambil keputusan SPM..di dalam dewan Sultan Abdul Aziz Shah tersebut menceritakan segalanya.suka dan duka semuanya tergambar....banyak peristiwa telah terpalit di dalam Dewan tersebut..malm sblm amik result..mcm2 perasaan tergambar di benak otak...hati x senang tidur..dan gelisah membawa ke pagi pengambilan result..Alhamdulilah result ku bagus namun mengambil keputusan meneruskan STPM..kebetulan minatku yang suka membaca..dan cita2 ku menggegam ijazah...x sangka akhirnya aku berjaya melangkah ke menara gading...

2004..DAN 2007 rekod SPM
Mengimbau kembali saat itu..masa yang sama dengan pengambilan result aku..seorang pelajar pompuan cemerlang dengan merangkul 17 A... Nur Amalina nama yang bukan asing lagi selepas keputusan peperiksaan di umumkan...beliau telah memecahkan rekod SPM dan menjadi kebanggaan negara.Selang beberapa tahun..2007 mencatatkan lagi rekod apabila anak muda dari kedah memecahkan rekod Nur Amalina dengan memperolehi 21 A di dalam semua subjek yang di ambil...adik Azali telah membuka mata semua orang yang setiap individu mampu berjaya jika kita benar2 mahu mencabar diri...sejak itu setiap pelajar berlumba2 mengejar jumlah A di dalam peperiksaan...namun adakah A tersebut mampu membawa diri anda ke gerbang kecemerlangan...? ketika di sekolah semuanya teori dan A yang kita perolehi tidak mampu mengubah diri jika kita tiada sekelumit kemahiran dan kenyakinan diri...Teori tidak di gunakan di dalam alam pekerjaan..membaca dan menghafal menyebabkan minda pelajar tidak terbuka luas..pelajar hanya tahu membaca dan menghafal namun bukan memahami dan mempraktikannya...itu lah kesalahan di dalam membentuk pelajar cemerlang...
GAGAL..
Kegagalan di dalam peperiksaan yang besar ini bukannya penamat kepada kehidupan dan diri anda..walaupon kekecewaan diri dan ibu bapa merentap perasaan anda namun bukan semua kegagalan itu berakhir dengan sesuatu yang tidak baik..kegagalan mengajar kita bangkit mengejar kejayaan diri..percayalah dunia di luar lebih banyak cabaran dan rintangan yang perlu di lalui...nasib keluarga dan diri tidak akan berubah jika anda tidak mahu mengubahnya...kini banyak peluang yang di buka oleh pihak kerajaan dalam membantu individu memajukan diri...banyak pilihan yang adik2 boleh amik bagi menggapai impian...bagi yang gagal di dalam peperiksaan anda boleh mengambil ujian ulangan,meneruskan SPTM,Politeknik,dan Sijil2 kemahiran yang berada di luar sana..GiatMara dan Kolej Komuniti merata di luar sana..asah bakat dan cabar diri di dalam bidang kemahiran...kerana kemahiran mampu mengubah anda menjadi usahawan yang berjaya...perniagaan merupakan salah satu cabang memperolehi kekayaan..Langkah tidak terhenti dengan kegagalan namun kegagalan merupakan pemangkin kejayaan...Pengalaman kerja dan kemahiran merupakan sijil terpenting di arena ini..Cemerlang ketika di alam persekolahan tidak menjamin akan cemerlang selamanya..kerana yang cemerlang belum tentu dapat mengisi ruang pekerjaan...dan x mustahil yang ada degree akan bekerja di bawah penyelia yang hanya berkelulusan SPM..

BAGi yang berjaya tahniah di atas kejayaan dan usaha yang tidak penah kenal erti putus asa..saya yakin ibu bapa anda mesti bangga memperolehi anak seperti anda..dan air mata yang mengalir di pipi mereka adalah air mata kesyukuran dan kebanggaan...sejuk ibu mengandung kerana melahirkan insan berjaya di muka bumi ini...segala penat letih bekerja terubat kerana kejayaan anak di dalam peperiksaan terpenting ini..
Bagi yang gagal anda perlu mengatur hidup anda bermula dari sekrang..jangan persiakan masa dan gembira dengan apa yang anda perolehi...walaupon anda tidak mampu membuat ibu bapa tersenyum dengan keputusan SPM namun saya pasti anda akan mampu membuat mereka tersenyum dengan kejayaan diri anda di dalam bidang pekerjaan kelak...rezeki seseorang kita tidak tahu...berusaha dan terus berusaha untuk berjaya...buktikan yang anda juga mampu berjaya tanpa sijil yang cemerlang...Yakin kepada ALLAH..Yakin kepada diri sendiri nescaya kejayaan akan bakal tercipta...jangan dengar cakap orang sekeliling yang hanya ingin menjatuhkan diri kita..namun percaya pada diri yang anda mampu mengubah nasib diri anda sendiri...

No comments:

Post a Comment